AKTIVITI


Akademi Al-Quran

Akademi Al-Quran ditubuhkan bagi menjalankan pengajian Al-Quran secara bermodul untuk orang ramai yang berminat dan dianjurkan secara percuma. Program akademi ini meliputi Kursus Pengajaran Al-Quran Kaedah Al-Barqy, Kursus Pembelajaran Al-Quran Kaedah Hattawiyyah, Kursus Pembelajaran Al-Quran Keadah Iqra dan Kursus Pembelajaran Al-Quran Secara Talaqqi dan Kursus Tahfiz Al-Quran.

Program Tarbiah Pelajar Islam
Yayasan dengan kerjasama Anggota Usrah Koperasi Muslimin daerah Jempol, Negeri Sembilan dan Jamaah Pondok Al-Majidiah, Batu Kikir, Negeri Sembilan menganjurkan program Tarbiah Pelajar Islam bertempat di Pondok Al-Majidiah, Batu 35, Jalan Bahau, Negeri Sembilan. Objektifnya supaya pelajar sedar tentang pentingnya mengamalkan cara dan gaya hidup Islam dalam kehidupan, tanggungjawab kepada Allah S.W.T, Ibubapa, guru-guru dan sesama Islam. Pelajar juga akan dapat mengamalkan nilai-nilai murni Akhlaq Islamiah dan memahami disiplinnya.

Program ini bermatlamat supaya pelajar sentiasa mengamalkan dan menghayati asas-asas Fardhu `Ain dan Fardhu Kifayah dalam `Aqidah Islamiah, Syariat Islamiah dan Akhlak Islamiah.

Pengajian Fiqh Muamalah
Pengajian Fiqh Muamalah diadakan untuk anggota-anggota Koperasi yang berjumlah hampir 40,000 orang dan orang awam dengan kerjasama Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dan Persatuan Ulama Malaysia.

Program Peningkatan Ilmu
Menganjurkan kursus, bengkel, ceramah dan muzakarah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat. Di antaranya ialah siri Ceramah Fiqh Muamalah, siri Ceramah Teknologi Maklumat, Kelas Penqajian Al-Quran, Kursus Pengajaran Al-Quran Kaedah Al-Barqy, Kursus Belajar Al-Quran Kaedah Hattawiyah, Kursus IlmuFalak Syar’i dan Kursus Tarbiah Pelajar.

Bantuan Pendidikan dan Kebajikan
Yayasan telah memberi bantuan pendidikan lebih kepada pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pengajian di institusi  pengajian tinggi dalam dan luar negeri. Yayasan juga menghulurkan bantuan kebajikan kepada golongan miskin, anak yatim, pelajar dan ibu tunggal.

Sumbangan mesin hemodialisis
Yayasan telah menderma dua unit mesin hemodialisis yang bernilai lebih RM80,000.00 kepada Pusat Rawatan Islam (Baitul Mal Wilayah Persekutuan) dan Hospital Sentosa, Kuala Lumpur.

Takaful Keluarga Berkumpulan
Menguruskan skim takaful keluarga berkumpulan dengan kerjasama Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Akikah dan Qurban
Menguruskan sumbangan daripada orang ramai bagi menjalankan ibadah akikah dan qurban pada Hari Raya Idul Adha.

Buku, Risalah, Jurnal dan Taqwim
Menerbitkan buku, risalah, jurnal dan taqwim untuk diedarkan kepada orang ramai.

Waqaf Bangunan
Membeli bangunan-bangunan untuk dijadikan pusat latihan pendidikan dan penerangan di seluruh negeri melalui sumbangan waqaf dan hibah daripada orang ramai dan badan-badan korporat.

Pakej Lawatan Mahabbah
Menganjurkan pakej lawatan ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti Pattani dan menjalinkan usaha untuk mengeratkan ukhuwah Islamiyyah dengan masyarakat setempat.

Kaunseling dan Bimbingan
Membantu dan menasihati
- pelajar
- ibubapa
- orang ramai dari perspektif Pendidikan Islam.

Upah Haji dan Umrah
Yayasan menawarkan perkhidmatan upah haji dan pakej umrah.

Penerbitan Majalah Ekonomi dan Kewangan Islam
Yayasan menerbitkan Majalah Iktisad, iaitu sebuah majalah ekonomi dan kewangan Islam bermula tahun 2004. Sehingga kini sebanyak 24 edisi telah diterbitkan.

Wakaf Jam Digital Waktu Solat
Yayasan mewakafkan Jam Digital Waktu Solat ke masjid dan surau seluruh negara melalui derma dan wakaf orang perseorangan dan korporat.

 

Laporan Aktiviti Tahunan

Tahun 2015