KORPORAT

Kenali Kami...

Ucapan Pengerusi | Pengenalan | Sejarah Penubuhan | Matlamat & Objektif | Fungsi | Lembaga Pemegang Amanah | Jawatankuasa Kecil

ALUAN PENGERUSI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah SWT. Salawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan sekelian umat Islam yang beristiqamah beriman kepada Allah SWT dan terus menghulurkan sebahagian harta mereka untuk infaq di jalan Allah SWT.

Saya melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana Yayasan Muslimin terlibat dalam bidang kebajikan dan pendidikan. Bidang ini amat penting kerana ia mampu membangun potensi ummah demi mencapai apa yang disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran sebagai khaira ummah.

Yayasan mengambil pendekatan mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan pendidikan dan kebajikan. Oleh itu sokongan umat Islam melalui sumbangan derma amat diperlukan.

Justeru, saya merayu kepada semua pihak yang perihatin kepada kelangsungan Islam di Negara ini supaya menghulurkan sumbangan derma kepada Yayasan untuk disalurkan semula bagi membantu pusat pendidikan Islam seperti Maahad Tahfiz, Pusat Pengajian Pondok, pelajar-pelajar dan juga anak-anak yatim yang memerlukan bantuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya”. (Surah Al-Maaidah : 2)

“Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan pada jalan Allah, maka faedahnya dan pahalanya adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu yang halal, akan disempurnakan balasan pahalanya pada kamu dan balasan baik kamu itu pula tidak dikurangkan”. (Surah Al-Baqarah : 272)

Sekian, terima kasih. Wassalam.

USTAZ MD ZAKI BIN AB MANAN
Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah

Yayasan Muslimin Malaysia Berhad

Pautan Rasmi