KORPORAT

Kenali Kami...

Ucapan Pengerusi | Pengenalan | Sejarah Penubuhan | Matlamat & Objektif | Fungsi | Lembaga Pemegang Amanah | Jawatankuasa Kecil

HASRAT & MATLAMAT

Hasrat

Hasrat penubuhan Yayasan Muslimin ialah mengetengahkan semula ruh institusi wakaf, sedekah dan zakat yang dituntut oleh Islam untuk meningkatkan pembangunan di dalam bidang sosio-ekonomi dan pendidikan umat Islam. Kewujudannya dapat membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat memberi sumbangan untuk tujuan amal kepada perkembangan Islam.

Matlamat

Untuk memenuhi dan menyempurnakan perintah Allah supaya melakukan infaq fisabilillah. Allah menjanjikan kejayaan, pemilikan, keberkatan dan keampunan kepada hamba yang melakukan infaq pada jalan-Nya dan kebajikan kepada sesama manusia.

Untuk membangunkan sosio-ekonomi umat Islam melalui konsep kerjasama (taawun), pengorbanan (tadhiyah) dan tanggungjawab bersama. Umat Islam mesti membina kekuatannya sendiri.

Untuk memberi kemudahan kepada orang Islam yang diamanahkan dengan nikmat dan kekayaan supaya mengembang dan mengekalkan nikmat dan kekayaan itu melalui sedekah jariah, wakaf, khairat dan sebagainya. Harta yang kekal ialah harta yang dibelanjakan pada jalan Allah.

Untuk memberi ruang dan kesempatan kepada muslimin untuk melakukan infak harta yang diamanahkan sebagai satu jihad harta (amwal).

Untuk mengurus guna harta-harta pemberian umat Islam dengan teliti, sistematik, penuh amanah dan berkesan supaya kebajikan dan manfaatnya dapat diperluaskan dan memberi penyelesaian ter-hadap permasalahan ummah.

Pautan Rasmi