KORPORAT

Kenali Kami...

Ucapan Pengerusi | Pengenalan | Sejarah Penubuhan | Matlamat & Objektif | Fungsi | Lembaga Pemegang Amanah | Jawatankuasa Kecil

SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Yayasan Muslimin telah diusahakan oleh Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (Koperasi), dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad (YMMB) pada tahun 1990. Perkembangan Koperasi menjadi semakin mencabar dengan kemasukan lebih 10,000 anggota baru. Koperasi dan YMMB berpadu tenaga dan bekerjasama, juga saling mengambil berat serta prihatin untuk mencapai matlamat membangunkan ummah. Oleh yang demikian, Koperasi dan YMMB bersama-sama menggerak dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kebajikan di kalangan anggota Koperasi khasnya dan masyarakat Islam amnya. Namun begitu YMMB diberi amanah dan tanggungjawab yang lebih sebagai perancang aktiviti dan melaksanakannya.

Pada 3 Julai 1992, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah meluluskan permohonan Yayasan Muslimin yang memberi pengecualian cukai pendapatan kepada penderma-penderma di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui oleh LHDN.

Kemudian pada 11 Ogos 1992, LHDN telah memberi pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan Yayasan Muslimin tidak termasuk dividen dan sewaan di bawah Perenggan 13 Jadual 16 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Muslimin sentiasa merangka program-program dan aktiviti untuk membangunkan umat Islam.