SUMBANGAN


Sukacita dimaklumkan bahawa YAYASAN MUSLIMIN (Yayasan) yang ditubuhkan pada 04 Julai 1991 adalah sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan segala potensi untuk melaksanakan agenda pembangunan ummah melalui bidang pendidikan dan kebajikan di Malaysia

Mengenengahkan semula ruh institusi waqaf, sadaqah dan zakat yang dituntut oleh masyarakat bagi meningkatkan pembangunan dalam bidang sosio-ekonomi dan pendidikan umat Islam adalah juga matlamat Yayasan.

Keupayaan Yayasan melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sokongan pelbagai pihak adalah begitu terhad sekali. Yayasan sesungguhnya memerlukan sokongan dan bantuan kewangan bagi membiayai segala aktiviti yang sedang berjalan seperti berikut:

  •  Pembiayaan aktiviti-aktiviti Maahad Tahfiz naungan Yayasan:

 -   Maahad Al-Tahfiz wa-Dirasaat Al-Islamiyyah (Kampung Padang Air, Kuala Terengganu, Terengganu.
-   Maahad Tahfiz Al-Akhyar (Johor Baharu, Johor).
-   Madrasah Darul Ulum (Batu 11, Lancang, Pahang).

  • Kelas Pengajian Al-Quran (Talaqi dan Hafazan). Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur. Diadakan pada setiap malam Isnin, Selasa dan Jumaat di pejabat Yayasan. Tiada yuran yang dikenakan kepada peserta.
  • Sumbangan kepada Anak-anak Yatim tajaan Yayasan Muslimin. Anak-anak yatim ini dipilih khusus oleh wakil-wakil Yayasan dari kalangan keluarga susah dan tidak mendapat bantuan dan pembiayaan dari mana-mana pihak. Projek yang dimulakan pada tahun 2009, sehingga kini telah mencapai 70 orang anak yatim dari semua negeri dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.
  • Sumbangan kewangan kepada pemohon bantuan Yayasan. Golongan ini amat memerlukan bantuan bagi menyara kehidupan dan keluarganya.
  • Pembiayaan penerbitan buku-buku agama dan e-Iktisad (Ekonomi dan Kewangan Islam). Menyedari pentingnya penyebaran ilmu fiqh Mu`amalat dan ekonomi Islam di kalangan umat Islam seluruh dunia, pada tahun 2004 Yayasan mengorak langkah dengan menerbitkan majalah yang diberi nama IKTISAD. Permit penerbitan telah diluluskan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri pada bulan November 2003 dengan fokus utama kandungannya menyentuh aspek ekonomi dan kewangan Islam. Iktisad menyediakan platform kepada masyarakat untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai aspek ekonomi, perbankan dan kewangan Islam secara lebih mendalam. Disamping memberikan pendedahan berhubung perkembangan dan kemajuan sistem ekonomi dan kewangan Islam peringkat nasional dan antarabangsa. Ia juga dijadikan rujukan berguna kepada masyarakat umum dan pelajar. Bermula tahun 2014 IKTISAD akan hanya diterbitkan secara digital (e-majalah) dalam laman web Yayasan (www.yayasanmuslimin.org/eiktisad)

Penderma kepada Yayasan akan mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan menurut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Warta Kerajaan:
Bil. 9001

Rujukan:
LHDN: 01/35/42/51/179-6.3976

Tarikh:
24 September 1992

Dokumen:
Surat Ikatan Amanah

Bayaran Derma Atas Nama:
Yayasan Muslimin

Akaun:
Bank Islam Malaysia Berhad.
Cawangan Medan Mara, Kuala Lumpur
No. Akaun: 14041010022124

Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur
No. Akaun: 1403-0002399-71-9

Cara bayaran:
Potongan Gaji Bulanan melalui ANGKASA/Cek/Wang Pos/Kiriman Wang/Arahan Bank

 

Muat Turun Borang Sumbangan