Bank Dunia naikkan unjuran KDNK 2018 kepada 5.4 peratus

Oleh: Zarina Zakariah

Malaysia dijangka capai status negara berpendapatan tinggi antara 2020, 2024.

Bank Dunia menaikkan unjuran Keluaran Dalam Negera KAsar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelum ini, disokong perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi.

Yang turut dijangkakan adalah negara dalam landasan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara 2020 dan 2024.

Semakan terbaru itu, walaupun untuk kali ertama dibuat pada tahun ini, adalah rentetan daripada tiga semakan menaik pada 2017.

Hasil carian imej untuk pertumbuhan sebenar KDNK 2018Institusi yang berpangkalan di Washington itu juga turut menyemak naik unjuran ekonomi negara pada 2019 kepada 5.1 peratus daripada 4.8 peratus yang dibuat pada Oktober tahun  lali.

Bank Dunia dalam Laporan Terkini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik yang dikeluarkan nya semalam, berkata ekonomi MAlaysia pada tahun lalu mengalami pertumbuhan pesat dengan mencatat pertumbuhan 5.9 peratus disokong oleh faktor domestik dan luaran yang menggalakkan.

“Pertumbuhan Malaysia dijangka kekal kukuh dalam jangka masa terdekat, walaupun pada kadar lebih sederhana berbanding tahun lalu. Secara keseluruhannya, Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.4 peratus pada tahun ini, diskong oleh pengukuhan penggunaan swasta yang berterusan.

“Dengan penurunan perlaburan awam, yang mana sudah dijangkakan, pembentukan modal tetap kasar akan didorong, terutama oleh perkembangan perbelanjaan modal sektor swasta, yang mana dijangka dapat dikekalkan oleh aliran beterusan projek infrastruktur dan pelaburan modal dalam sektor perkilangan dan perhidmatan.

“Kekuhan prestasi eksport Malaysia dijangka beterusan ke separuh pertama 2018, sejajar dengan peningkatan kitaran beterusan dalam perdagangan global, walaupun pada kadar lebih rendah daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Komitmen terhadap pengukuhan fiskal

Mengikut laporan itu lagi, antara yang turut dipertimbangkan adalah komitmen kerajaan terhadap pengukuhan fiskal di tengah-tengah jangkaan sasaran defisit fiskal sebanyak 2.8 peratus daripada KDNK yang akan dicapai pada tahun ini.

“Memandangkan ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.1 peratus pada 2019 dan 4.8 peratus pada 2020 dan dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara 2020 dan 2024,” katanya.

Bagaimanapun, Bank Dunia berkata, ketidakpastian yang beterusan terhadap prospek global mampu memberi kesan kepada pertumbuhan Malaysia kerana ekonomi terdedah kepda perubahan permintaan luar dan keadaan pasaran kewangan global.

Hasil carian imej untuk pertumbuhan sebenar KDNK 2018

“Risiko ketara terhadap prospek pertumbuhan Malaysia adalah berkait rapat terutama dengan persekitaran luaran, penyesuaian mendadak kepada keadaan pasaran kewangan global, atau pertumbuhan ekonomi utama dan permintaan eksport yang lebih lemah daripada jangkaan yang mungkin memberi kesan limpahan negatif yang tidak seimbang ke atas Malaysia, memandangkan ekonomi Malaysia yang banyak bergantung dengan ekonomi global dan pasaran kewangan.

“Di dalam negara, risiko utama adalah berkait dengan hutang kerajaan dan isi rumah yang tinggi, serta ketidaktentuan behubung pilihan raya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Pengukuhan ekonomi menawarkan peluang penting bagi Malaysia untuk mempercepatkan pembaharuan struktur untuk pertumbuhan jangka panjang yang beterusan dan untuk memudahkan peralihan ke arah pencapaian status negara berpenapatan tinggi pda tahun mendatang,” katanya.

Langkah pembaharuan

Pada msa sama, Bank Dunia berkata, sasaran mencapai bajet PErsekutuan yang hampir seimbang dalam jangka sederhana akan memerlukan langkah pembaharuan yang lebih mendalam untuk meningkatkan kutipan hasil dan meningkat kecekapan sektor awam, termasuk kecekapan dalam menyasarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Perkara lain yang sama penting adalah mengukuhkan langkah meningkatkan produktiviti pekerja dan melaksanakan langkah untuk memastikan pertumbuhan itu adalah inklusif dan menyediakan peluang kepada semua rakyat,” katanya.

-Tamat-

Sumber: Berita Harian, Jumaat, 13 April 2018