Rebut peluang ibadah akhir Ramadan

Oleh:Hasliza Hassan

Sepuluh malam terakhir Ramadan akan tiba ke penghujung tidak beberapa hari sahaja dan pecutan untuk mengutip segala ganjaran pahala yang disediakan dari awal hingga akhir blan mulia ini sepatutnya semakin hebat.

Apatah lagi, ketika ini hadiah cepu emas sedang menanti mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkannya, iaiyu malam lebih baik daripada 1,000 bulan seperti difirmankan Allah SWT dalam surah al-Qadar.

Firman-Nya yang bermaskud: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam alQadr; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)

PAstinya, kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi, iaitu tidak melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan pahala berlipat ganda dan kurniaan lain disediakan Allah SWT, khususnya malam yang menyamai 1,000 bulan.

Simbolik Ramadan ditutup pintu neraka dan dibuka pinta syurga menunjukkan mudanya untuk masuk syurga serta susahnya ke neraka kerana pintunya ditutup. Sesuai sebagai bulan kebaikan, sepatutnya kita melakukan amalan baik sepanjang puasa ini.

Panel Syariah Koperasi Tenaga Nasional Beerhad (TNB), Mohd Fauzi Mustaffa, berkata himkah digalakkan meraikan Ramadan setiap tahun sebagai Ramadan yang terakhir kerana hakikatnya kita tidak mengetahui apakah masih berpeluang bertemu Ramadan akan datang.

Beliau berkata, disebabkan itu umat Islam sewajarnya mengoptimumkan peluang ini untuk menlakukan yang terbaik dari segi amalan berpuasa, bersahur, solat Tarawih, bersedekan, membaca al-Qurn dan beriktikaf.

Ibarat banduan akhir

Katanya, ibarat banduan akhir yang menantikan saat kematian, begitu juga umat Islam sepatutnya rasakan dalam melaksanakan ibadah pada bulan puasa ini, seolah-olah ia adalah Ramadan terakhir mereka.

Hasil carian imej untuk rebuat peluang akhir ramadan

Banduan akhir ‘tahu’ saat kematian, maka setiap peluang yang digunakan untuk bertaubat, memunaikan solat sebanyak yang mungkin dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Kita yang tidak tahu bila tiba ajal sepatutnya lebih-lebih lagi kerana mungkin ini Ramadan terakhir kita. Oleh itu, jangan bertangguh, terutama pada minggu penghujung Ramadan ini, rebut semua peluang sebelum ia meninggalkan kita.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menyebut, Allah SWT suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan’itqan’ (sempurna), maka setiap ibadah yang dilakukan hendaklah dibuat sebaik mungkin.

Menurut Mohd Fauzi, Ramadan juga adalah bulan terbaik melakukan perubahan kerana statusnya sebagai bulan penuh pengampunan, tetapi semua itu hanya berjaya jika disertakan semangat yang kuat.

Nekad untuk berubah

Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang jika mereka tidak mengubah apa yang ada dalam diri, iaitu sikap. Anehnya, tidak ramai yang menanamkan tekad untuk berubah pada Ramadan disebabkan bagi mereka Ramadan tiada beza dengan bulan yang lain.

Sedangkan, setiap yang dilakukan pada bulan penuh keistimewaan ini baik puasa, Tarawih, sedekah dan tadarus semuanya menggugurkan dosa. Justerum, rugi mereka yang tidak mengambil peluang ini dan melakukan perubahan.

Hasil carian imej untuk rebuat peluang akhir ramadanBeliau memberi contoh golongan yang diceritakan dalam ayat 12, surah as-Sajadah, bagaimana orang yang berbuat maksiat di dunia akan tunduk di hadapan Allah SWT dan memohon supaya dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal soleh.

“Inilah orang yang menyesal di akhirat kerana tidak memanfaatkan apa yang Allah SWT beri di dunia. Dalam hadis diriwayatkan Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda, orang yang bijak ialah yang beramal untuk selepas mati.

“Hayati kata-kata hikmah, bekerja kamu untuk dunia seumpama kamu akan hidup selamanya dan baramal untuk akhirat seolah-olah akan mati esoknya. Jangan bertangguh untuk buat baik.” katanya.

Mengenai kejayaan tarbiah pada Madarasah Ramadan, Mohd Fauzi berkata, ukurannya dapat dirasakan sendiri oleh yang empunya diri kerana ulama menjelaskan tiga perkara untuk melihat puasa kita tulen atau palsu.

Caranya, dengan melihat kita masih melakukan perkara buruk, kembali bergaul dengan kawan yang tidak baik dan terus menghadiri majlis tidak elok.

Puasa yang berkualiti dapat dinilai apabila kita meneruskan ibadah yang dibuat pada Ramadan seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, bersedekah dan beriktikaf.

Semantara itu, kesan puasa pada orang yang berjaya mencapai matlamat takwa pula ialah yang lalai ingat kepada Allah SWT, yang fasik akan taat, ibadah menjadi ringan, manakala maksiat semakin berat.

-Tamat-