Kutipan zakat berkesan ringan beban kerajaan

MPK bincang kaedah tingkat kutipan bantu lebih ramai asnaf

Kuala Lumpur

Tiga agensi kutipan dan agihan zakat semalam, berkongsi pandangan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) mengenai langkah meningkatkan kutipan bagi membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan kepada kumpulan asnaf dalam usaha membantu meringan beban kerajaan.

Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Aziz Jusoh, berkata pada pertemuan dengan MPK semalam, pihaknya memperincikan cara kutipan dan agihan zakat kepada asnaf sekitar Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, MPK juga dimaklumkan mengenai 28 skim agihan zakat yang diagihkan bukan saja untuk masyarakat Islam tetapi juga orang bukan Islam.

“Dalam pertemuan itu, MPK juga memberikan pandangan yang jelas berhubung hala tuju serta hal ehwal kutipan dan agihan zakat supaya agensi yang berkaitan zakat ini dapat menjalankan fungsi masing-masing dengan lebih telus dan profesional.

Tambah nilai agensi zakat

“Mereka juga mahu agensi berkaitan zakat ini ditambah nilai supaya pusat zakat lebih berkesan dalam menjalankan tugas,” katanya ditemui selepas menemui MPK di Menara Ilham di sini, semalam.

Pada pertemuan itu, Abdul Aziz disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Semalam, MPK turut bertemu tiga agensi kutipan zakat iaitu PPZ Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Bahagian Pengurusan Zakat Majlis Agama ISlam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. (MAIPs)

Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, MPK mahu berkongsi pengalaman pusat zakat cara terbaik supaya kutipan dapat ditingkatkan, seterusnya membolehkan lebih ramai lagi masyarakat dibantu.

Katanya, MPK juga berminat dengan kaedah dan usaha dijalankan PPZ kerana jumlah kutipan yang agak besar diperoleh yang boleh dikongsi dengan agensi kutipan yang lain.

“PPZ mengutip RM640 juta tahun lalu dan tahun ini kita sasarkan RM650 juta dan percaya angka itu dapat dicapai dengan adanya kesedaran umum dalam kalangan umat ISlam mengenai zakat,” katanya.

Hasil carian imej untuk pusat pungutan zakat wilayah persekutuanDalam perkembangan sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Abdul Basith Hamid, berkata MPK secara umumnya berminat mengetahui operasi dan cara bagaimana kutipan dan agihan dibuat LZS.

Katanya, beliau menjelaskan kutipan LZS yang besar dipengaruhi pelbagai faktor dan percaya kemudahan cara pembayaran zakat mendorong peningkatan jumlah kutipan serta agihan kepada asnaf.

“Faktor dakwah dan kesedaran dalam kalangan umat Islam turut mendorong peningkatan jumlah zakat yang dikutip. Tahul lau, LZS berjaya memungut RM750 juta zakat,” katanya.

Mengulas agihan zakat kepada bidang pendidikan, katanya perkara itu sudah dilaksanakan LZS membabitkan pelajar sekolah rendah sehingga ke paringkat Universiti.

Tingkat kesejahteraan

Hasil carian imej untuk MAIPsKatanya., lebih RM100 juta diagihkan untuk bidang pendidikan yang mana agihan zakat disalurkan kepada 7,000 pelajar sekolah rendah dan menengah, 5,000 penuntut universiti, manakala lebih 500 orang penerima zakat dalam kalangan penuntut di luar negara yang mengikuti pengajian pelbagai bidang profesional.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pengurusan Zakat, MAIPs, Mohd Nizam Mohd Noor, berkata secara keseluruhannya lebih kepada perkongsian pengalaman cara bagaimana penguruzan zakat dalam meningkatkan kesejahteraan kepada masyarakat.

Katanya, turut dikongsi cara bagaimana wakaf dan zakat serta sedekah ini menjadi sebahagian pelengkat untuk mencapai kesejahteraan hidup.

-Tamat-

Sumber: Berita Harian, Selasa, 10 Julai 2018