5 prinsip dasar Islam jamin hak asasi manusia

Usaha mewujudkan dasar yang jelas pada peringkat nasional mengenai acuan hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan bagi Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri melalui sejarah, budaya dan latar belakang masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sungguhpun Malaysia mempunyai kelpelbagaian seumpama ini, hakikat sejarah dan latar belakang budaya sejak sekian lama membuktikan betapa ISlam memeinkan peranan signifikan dan kukuh dalam penyediaan asas pemerliharaan dan usaha mempromosi hak asasi manusia yang lebih dekat dengan acuan jati diri watan, hatta sejak sebelum kemerdekaan.

Banyak peranan Islam diketengahkan wacana hak asasi manusia, terkini dalam muzakrah bertajuk ‘Pakar Hak Asasi Manusia: Analisis Kritis Selepas 70 Tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948’ pada Mei lalu.

Muzakarah itu juga telah menyentuh input disumbangkan Perikatan Pertubuhan MAsyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA) yang menutamakan laporan pemegang hak kepada Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, menjelang pusingan ketiga sesi UPR, November ini.

Dalam agama ini, manusia dianugerahkan hak al-karamah (kemuliaan) dan hak al-fadlilah (keutamaan), Malah misi Rasulullah SAW bersifat rahmatan lil `alamin yang menjadikan kemaslahatan dan kesejahteraan sebagai tawaran untuk umat manusia dan seluruh mayapada.

Ini dilakukan tanpa mengakibatkan sebarang kompromi atau mengorbankan prinsip dasar dalam Islam berkaitan akidah, syariah dan akhlak yang membentuk kerangka agama yang benar di sisi Allah SWT.

Mempertahankan akidah

Agena di atas sering dikenali umum sebagai usul al-khams (lima prinsip dasar) yang merangkumi fifzudin, hifzu nafs wal irdl, hifzu aql, hifzu nasl dan hafzu mal.

Hasil carian imej untuk prinsip ajaran islam
Gambar hiasan

Hifzudin memberi jaminan hak kepada umat ISlam untuk memelihara agama dan keyakinannya (ad-din).

Islam juga memberi jaminan bersesuaian terhadap kelompok penganut agama lain, menjamin kebebasan mengamalkan agama bagi penganut bukan Islam dan larangan adanya pemaksaan agama Islam ke atas penganut agama selainnya.

Namun, peruntukan seperti dinyatakan dalam Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengaut agama bukan Islam menyebar atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang Islam. Ini bukanlah sesuatu yang asing dalam menggambarkan usaha ISlam mempertahankan akidah umat Islam. Hifzu nafs wal irdh memberi jaminan hak atas setiap nyawa manusia untuk menjalani kehidupan selayaknya. Dalam hal ini, Islam menuntut adanya keadilan, hak atas penghidupan, hak perkerjaan, hak kemerdekaan dan keselamatan serta bebas daripada penganiayaan.

Hak ini termasuk untuk setiap Orang Kelainan Upaya serta yang berada dalam ketegori Orang Tanpa Kewarganegaraan akibat kegagalan sekian lama pihak berwajib dalam memastikan mereka memperoleh pengiktirafan status sewajarnya.

Hifzu aql adanya jaminan kebebasan bersuara, kebebasan mengeluarkan pendapat, melakukan penyelidikan dan pelbagai aktiviti ilmiah. ISlam melarang perbuatan merosakkan akal melalui serang bentuk penyeksaan, penyalahgunaan dadah, minuman keras dan lain-lain.

Pada waktu sama, larangan penghinaan dan perlecehan terhadap agama lain, termasuk melalui penulisan, karikatur dan sebarang bentuk media perlu sebagai cerminan terhdap usaha Islam memeliharan kesejahtaraan akal dalam kalangan masyarakat awam.

Bersuara tanpa batasan

Justeru, wujud keperluan meyeimbangkan kebebasan bersuara terhadap warganegara,. Sebagai contoh, melalui inisiatif perundangan tertentu yang melarang hak bersuara tanpa batasan.

Hasil carian imej untuk solat masjid negara
Gambar hiasan

Hifzu nasl ialah jaminan atas kehiudpan peribadi setiap individu, perlindnungan atas pekerjaan, janminan masa depan keturunan dan generasi penerus yang lebih baik dan berkualiti.

Amalan zina dan seks songsang yang beteraskan gaya hidup seperti lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks dan ‘quur’ (LGBTIQ), ialah contoh perbuatan yang dilarang kerana bertentangan dengan hifzu al-nasl.

Kemeneterian Kesihatan mendedahkan statistik mengikut faktor risiko yang menunjukkan pengamal homoseksual dan biseksual ialah penyumbang terbesar peningkatan jangkitan HIV?AIDS dengan1,697 keps pada 2017 jika dibandingkan dengan faktor lain.

Justeru, pendekatan ISlam yang menutup terus pintu kejahatan yang terhasil melalui kempen terdesak pergerakan LGBTIQ, satu mekanisme terbaik menangani ancaman terhadap kemaslahatan umat manusia secara umum.

Hifzu mal dimaksudkan sebagai jaminan atas pemilikan harta benda dan bentuk pemilikan lain yang sah di sisi undang-undang termasuk larangan terhadap perbuatan mengambil hak dari harta orang lain seperti mencuri, rasuah, monopoli dan bentuk penyelewengan lain.

Hal ini perlu menjadi perhatian utama masyarakat Malaysia, Kkhususnya umat Islam dalam menjamin kesejahteraan dan pemeliharaan hak asasi manusia setiap warganegara.

Prinsip Islam releven

Lima prinsip dasar di atas sangat releven untuk setiap warganegara (Islam dan bukan Islam), malah seiring dengan prinsip hak asasi manusia.

Islam memberi ruang luas bagi tumbuhnya pemeliharaan dan usaha mempromosi hak asasi meanusia dengan cara menyediakan pandangan alam yang jelas kepada manusia mengenai tujuan kehidupannya di dunia dan matlamat selepas kehidupan mereka.

Konsep ini seharusnya menjadi panduan umat manusia dalam memastikan bahawa pendekatan kotemporati yang dibawa UDHR 1948, tidak terkeluar dari tujuan sebenar mengejar hak asasi manusia sejak sekian lama.

Ruang kosong yang wujud akibat penolakan prinsip dan peranan agama ketika UDHR 1948 mula-mula dibentuk, menjadi sebab utama permuka dan aktivis hak asasi moden hari ini semakin berani menuntut hak yang pada hakikatnya menghancurkan tujuan manusia dijadikan.

Mereka hilang pedoman lantas menjadikan akal semata-mata untuk memenuhi tuntuan hawa nafsu seperti gerakan kebebasan beragama berkempen supaya tindakan murtad oleh orang Islam diiktiraf sebagai ‘hak kebebasan’ selain membiarkan ajaran murni Islam ditafsir sesuka hati oleh mereya yang bukan ahlinya.

Hasil carian imej untuk hak manusia

Selain itu, wujud golongan fidofilia mahu diberikan ‘pengiktirafan’ sebagai sebahagian kumpulan LGBTIQ yang cuba menampilkan gagasan fikiran baharu revolusi gender bagi menafikan fitrah kemanusiaan mengenai kategori jantina manusia.

Mereka juga menuduh bahawa pendekatan diskriminasi positif dalam agenda ekonomi sebagai bersifat perkauman. Tuntutan sebegini bercanggah dengan tujuan asal UDHB 1948 yang menjadi aspirasi dan kehendak negara anggota PBB suatu ketika dulu.

Rumusan hak asasi manusia bersifat substansial dalam Islam perlu menjadi rujukan dalam memperjuangkan usaha memelihara dan mempromosi hak asasi manusia secara adil dan lebih berwibawa di bumi Malaysia.

-Tamat-

Sumber: Berita Harian, Jumaat, 10 Ogos 2018.