Ambil falsafah korban, merdeka untuk ‘sembelih’ hawa nafsu

Ogos sangat signifikan dijadikan pencetus insprirasi kepada umat Islam di negara ini. Bulan ini mencantumkan dua peristiwa besar kepda negara, iaitu bulan kemerderkaan negara dan Aidiladha yang besar kesannya kepada kehidupan umat Islam.

Pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS menjunjung perintah Allah SWT sehingga sanggup bersedia menyembelih anakandanya sedniri wajar menjadi cermin kepada kita yang selama ini mengorbankan titah perintah Allah SWT demi kepentingan hawa nafsu sundiri.

Bacalah betapa agungnya perngorbanan menerusi dirman Allah SWT: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka apakah pendapatmu?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah, ayah akan mendapati aku dari orang sabar.” (Al-Saffaat: 102)

Ramai dalam kalangan kita terjajah dengan penjajahan bawa nafsu begitu lama. Sepatutnya ibadat korban bukan setakat dilihat sebagai ritual keagamaan sahaja, sebaliknya ditinjau dari sudut falsafahnya, iaitu kita perlu ‘menyembelih’ nafsu serakah demi menjunjung perintah Allah SWT seperti dibuktikan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.

Imej yang berkaitan

Falsafah pengorbanan sangat difahami ulama walaupun mereka kurang diangkat sebagai pejuang kemerdekaan. Mereka menyahut seruan Allah SWT agar berjuang menegakkan agama-Nya dengan jiwa raga seperti firman Allah SWT: “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam) Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Al-Taubah: 41)

Nama seperti Mat Hassan Penglima Munas Atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut; Mat Kilau Imam Rasu (Mat Kilau); Haji Awang Muhammad Yusuf Kenali (Tok KEnali); Abdul Rahman Tuanku Imam Nuh (Datuk Bahaman); Imam Rasu Shahrum (Tok Gajah) dan Sheikh Abdullah Fajim Sheikh Ibrahim, ialah ulama yang berjuang demi kemerdekaan tanah ait.

Akidah Islam jelas menolak penguasaan atau penjajahan hawa mnafsu ke atas diri hingga menolak bimbingan wahyu. Begitu juga Islam menolak penguasaan peraturan dirangka untuk memuaskan nafsu serakah penjajah dengan mengenakan pelbagai cukai dan merebut kuasa daripada orang Islam yang memerintah ketika itu.

Tolak penjajahan hawa nafsu

Walaupun kita sudah merdeka dengan dengan menghalau penjajah dari tanah air, usaha memastikan peraturan yang memberi ruang penguasaan hawa nafsu perlu dikekang. Contohnya keghairan golongan LGBTIQ melakukan normalisasi dalam masyarakat. Usaha menundukkan semua peraturan kepda kehendak Allah ialah erjemahan kepada falsafah ibadah kerban yang wajib difahami dengan ‘menyembelih’ penguasaan hawa nafsu dalam diri seperti difahami pejuan kemerdekaan dalam kalangan ulama.

Hasil carian imej untuk korban hati demi agama

Kebangkitan ulama di tanah air juga nberakar dari simbahan kebangkitan ulama di seluruh dunia Islam yang menjadi pemagkin dan simbol penyatuan kesedaran rakyat untuk menentang penjajah.

Du liar Tanah Melayu seperti Indonesia, Mesir, Libya, Algeria, Iraq, Iran, Sudan dan Nigeria, Islam menjadi kuasa penggerak ampuh dalam membajai perjuangan menentang penjajah Barat dan menyuntik semangat perjuangan.

Ulama dan gerakan Islam menjadi pemacu utama dalam perjuangan menentang penjajahan menentang penjajahan di seluruh bumi umat ISlam seperti Sheikh Abdul WQader al-Jazair di Algeria; Sheikh Umar Mukhtar (Libya); Sheikh Uthman Den Fodio (Negeria); Sheikh Uthman Den Folia (Negeria)” Hassan al-banna (Mesir); Sheikh Amin al-Husini (Palestin); Sultan Hasanuddin dan Imam Diponegoro (Indonesia); TYok Janggut serta Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (Tanah Melayu).

-Tamat-

Sumber: Berita Harian, Jumaat 10 Ogos 2018 (Ibrah)