Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia -Cabaran Dan Peluang (Bahagian 3)

Perkara 12(2) ini juga memberi kelebihan kepada agama Islam keran aia membenarkan kerajaan memperuntukan perbelanjaan dan bantuan lain bagi pendidikan Islam. i amenyatakan,

“(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-semata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubung dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan onstitusi-institusi Islam atau melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.”

Perlembagaan tidak menyebut secara spesifik tentang boleh atau tidak boleh kerajaan memberikan bantuan kepada institusi pendidikan agama-agama lain, tetapi jelas membenarkan bantuan dalam bentuk dan kewangan dan sumber manusia bagi institusi agama Islam. Oleh yang demikian, masih boleh dihujah lagi tentang kebeperlembagaan atau tidak sekirnaya kerajaan memberikan dana atau bantuan kepada institusi agama lain.

Hasil carian imej untuk kedaulatan undang-undang

Dengan adanya peruntukan Perkara 12(2) ini kedudukan Islam yang istimewa amat ketara. Keistimewaan dapat dilihat sebagai memihak kepada Islam. Menerusi peruntukan ini seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 telah dibuat untuk mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan kerajaan supaya memperuntukan pengajaran agama Islam kepada penuntut-penuntut beragam aIslam dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada 15 orang.

Oleh sebab dikuasakan dengan nyata oleh Perlembagaan, kedua-dua seksyen Akta Pelajaran 1961 ini dan perlaksanaannya tidak harus dianggap bertentangan dengan Perlembagaan atau dalam apa cara mengamalkan diskriminasi terhadap agama lain semata-mata kerana kerajaan tidak wajib memberi bantuan yang serupa untuk mengajar agama-agama lain.

Perakra 37 dan Jdual Keempat – Sumpah Jawatan Agong. Yang di-Pertuan Agong, sebagaimana disebut dalam Perkara 32 merupakan Ketua Utama Negara. Baginda dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara bergilir-gilir setiap lima tahun (Perakra 38 dan Jadual Kelima). Setelah dilantik Yang di-Pertuan Agong akan menjadi Ketua Utama Negara yang menjadi lambang kepada Ketua Utama Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong yang paling penting ialah sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (Perkara 41) dan Baginda memiliki kuasa khas (reserved power) bagi pengistiharan darurat (Perkara 150). Di samping itu, kuasa pelaksana (Executive Authority) adalah terletak hak dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 39). “Terletak hak” (vested) ini bermaksud, pemilikan kuasa pelaksana itu adalah oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong walaupun kuasa tersebut umumnya dilaksana oleh penjawat awam. Oleh sebab itu secara amalannya segala urusan kementerian atau agensi kerajaan dibuat dengan taw “Urusan Seri Paduka Baginda”.

Hasil carian imej untuk kedaulatan undang-undang

Ketika mengambil tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil atau mengangkat sumpah jawatan Baginda. Sumpah jawatan tersebut dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sumpah jawatan raja-raja di peringkat negeri dimaktubkan dalam Perlembagaan Negeri.

Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan,

“(1) Yang di-Peruan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja adn dengan kehadiran Katua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan sepelasnya yang ada); dan sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya yang boleh dijalankan bagi maksud memanggil Majlis Raja-raja bermesyuarat, mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian 11 Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnnya yang ada).”

Manakala sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana peruntukan Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan memperuntukan

“Kami ………………………………………………. ibni ………………………………………………….. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi:                    Wabillahi:                            Watallahi:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agam Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

Sumpah Bagi Timbalan yang Di-Pertuan Agong

“Kami ………………………………………………. ibni …………………………………….. yang telah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:

Wallahi:                    Wabillahi:                            Watallahi:

dan dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan tanggungan Kami yang telah ditetapkan dan yang akan ditetapkan pada suatu masa ke suatu masa yang ke hadapan ini leh undang-undang dan Perlembagaan Negeri Malaysia.”

Hasil carian imej untuk kedaulatan undang-undang

Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat Perlembagaan yang dibaca secara bersama dengan Perkara 37 juga memberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan Islam. bukan sahaja lafaz sumpah tersebut menggunakan nama-nama Allah dengan menggunakan perkataan wau qasam atau huruf wau bagi tujuan bersumpah, Bahkan secara nyata sumpah jawatan tersebut menunjukkan tugas Yang di_ertuan Agong untuk memelihara atau mempertahankan agama Islam. Pernyataan dalam sumpah jawatan ini menjadikan Tang di-Dipertuan Agong, sebagai Ketua Utama Negara mengambil amanah yang paling tinggi dalam jawatannya sebagai ketua negara untuk mentadbir negara berasaskan Perlembagaan, berdasarkan kedaulatan Undang-Undang, melaksanakan pentadbiran adil dan memelihara agama Islam.

Kemuliaan kedudukan islam dalam Perlembagaan dapat dilihat dalam peruntukan Perkara 150. Perkara 150 adalah peruntukan berkaitan pengistiharan dan pentadbiran semasa darurat besar yang melibatkan keselamatan negara sama ada atas sebab keselamatan, ekonomi atau juga kesihatan. Hatta dalam keadaan darurat besar sekalipun Hukum Syarak masih lagi terjamin kedudukannya. PErakra 150(6A) menyatakan mengenai kedudukan hukum syarak dalam keadaan darurat; yang mana Perlimen, atau pilah Pelaksana (Eksekutif) tidak boleh membuat apa-apa perkara mengenai hukum syarak hatta ketika darurat sekalipun. Walaupun pihak Perlimen atau Eksekutif, (Yang di-Pertuan Agong) boleh membuat apa sahaja undang-undang yang difikirkan perlu bagi tujuan darurat wapaupun bertentangan dengan Perlembagaan, mereka tidak boleh membuat apa-apa undang-undang berkaitan undang-undang Islam.

Hasil carian imej untuk agong

“(5) Tertakluk kepada pasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Perlimen boleh, wapau apa pun apa-apa juga dalam PErlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagui suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang mengkhendaki apa-apa keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenainya atau yang meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu undang-undang selepas unadnag-undang itudiluluskan atau yang menyekat Rang Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada Yang di_pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perakra ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta PErlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa dan yang mengistiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan PErlembagaan ini.

(6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perakra undang-undang atau adat anak negeri  di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tdak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa”.

Bersambung…