You are currently viewing Sumbangan Cakna Rasa

Sumbangan Cakna Rasa

SABTU | 8 JUN

Penyerahan sumbangan kepada keluarga En. Zul dikediamannya. Beliau sekeluarga baru berpindah di Batai Apartment, Selayang Hight. Berkongsi tempat kediaman bersama keluarga.

Ibunya berusia 77 tahun, mengidap penyakit jantung, darah tinggi. Bapanya 80 tahun hanya mampu terbaring di atas tilam kerana menghidapi penyakit buah pinggang yang gagal dirawat kerana faktor usia dan keadaan badannya yang lemah. Manakala abangnya pula menghadapi masalah pernafasan kritikal dan tak dapat berkerja.

Mereka terpaksa berkongsi kediaman. Adik beliau bersama Isteri dan dua orang anaknya juga menumpang dikediaman ini.

Begitulah kesusahan kehidupan yang ditanggung oleh mereka. Yayasan Muslimin hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas makanan dan wang tunai. Semoga ianya sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan mereka.

Terima kasih kepada penyumbang Yayasan Muslimin. Semoga Allah SWT membalas ganjaran kebaikan kepada semua.

https://www.facebook.com/yayasanmuslimin.org/posts/pfbid03PyMw13eKpJLkPrySdZYPxHoX4yZWfxhUfGDGRtbTKKDAXipm5eSmV7VJcWBCGzRl