Hasrat dan Matlamat

Hasrat

Untuk mengetengahkan semula ruh institusi waqaf, sadaqah dan zakat yang dituntut oleh Islam bagi meningkatkan pembangunan dalam bidang sosio-ekonomi dan pendidikan umat Islam. Kewujudannya dapat membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat memberi sumbangan untuk tujuan amal kepada perkembangan, kemajuan dan pembangunan Islam serta ummah.


Matlamat


  • Untuk memenuhi dan menyempurnakan perintah Allah SWT supaya melakukan infaq fi-sabilillah. Allah SWT menjanjikan kejayaan, pemilikan, keberkatan dan keampunan kepada hamba yang melakukan infaq pada jalan-Nya dan kebajikan kepada sesama manusia.

  • Untuk membangunkan sosio-ekonomi umat Islam melalui konsep kerjasama (ta’awun), pengorbanan (tadhiyah) dan tanggungjawab bersama. Umat Islam mesti membina kekuatannya sendiri.

  • Untuk memberi kemudahan kepada orang Islam yang diamanahkan dengan nikmat dan kekayaan supaya mengembang dan mengekalkan nikmat dan kekayaan itu melalui sedekah jariah, waqaf, khairat dan sebagainya. Harta yang kekal ialah harta yang dibelanjakan pada jalan  SWT.


  • Untuk memberi ruang dan kesempatan kepada muslimin atau muslimat, individu atau koperat untuk melakukan infaq harta yang diamanahkan sebagai satu jihad harta (amwal).


  • Untuk mengurus guna harta-harta pemberian umat Islam dengan teliti, sistematik, penuh amanah dan berkesan supaya kebajikan dan manfaatnya dapat diperluaskan dan memberi penyelesaian terhadap permasalahan ummah.