- Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam bidang ekonomi yang selaras dengan prinsip-prinsip Islam.
- Pemilikan hartanah untuk mempertahan dan mengekalkan harta atau hak orang Islam.
- Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengusahakan tanah terbiar untuk dimajukan.
- Mengembangkan penerimaan terhadap kaedah musyarakah, mudharabah dan sebagainya bagi menjamin keadilan dan amalan ekonomi masyarakat Islam.
- Menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat dalam bidang pertanian, perladangan, memajukan tanah-tanah milik orang-orang Islam khususnya.
- Menyelaras aktiviti korban, aqiqah dan sebagainya suapaya lebih memberi manfaat kepada masyarakat.
- Menyumbang tenaga khidmat nasihat kepada masyarakat untuk mengembangkan aktiviti perternakan.
- Lain-lain aktiviti ekonomi yang boleh menaikkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Islam.
- Menerbit, menterjemah, membiayai penterjemahan buku-buku agama khususnya mengenai muamalat dan sebagainya.