Program Pendidikan

Aktiviti bersama Pusat Tahfiz

Yayasan Muslimin melibatkan diri dalam mengatur beberapa kelas bimbingan pengajian al-Quran, kursus bagi masyarakat umum, dan seumpamanya sebagai satu peranan yang perlu dimainkan bagi memenuhi keperluan masyarakat, antaranya

  • Membantu Maahad Al-Tahfiz Wa Al-Dirasaat Al-Islamiyyah, Taman Darul Hikmah, Kampung Padang Air, Terengganu (MTDI) dengan menjadikan MTDI keluarga angkat Yayasan Muslimin bagi membantu pencarian dana untuk keperluan MTDI. Yayasan Muslimin berkerjasama dengan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dalam urusan ini.
  • Membantu pusat-pusat tahfiz seluruh Malaysia dalam usaha pencarian dana untuk keperluan pusat-pusat tersebut. Aktiviti ini dikelolakan melalui program ‘Tahfiz Care’.
Aktiviti Penganjuran Kelas dan Kursus Untuk Masyarakat

Yayasan Muslimin juga menganjurkan kursus/seminar untuk masyarakat umum seperti berikut:     

          

  • Kelas Tadabbur al-Quran dengan tenaga pengajar dalaman/ luar.  
  • Kursus sembelihan penganjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia.    
  • Seminar pusaka pengajuran bersama Persatuan Ulama Malaysia.

© 2022 HAKCIPTA TERPELIHARA - YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD