Program Sosial

Bantuan Pendidikan dan Kebajikan

  1. Membantu atau memberi sumbangan kepada institusi-institusi pendidikan Islam rendah dan menengah di Malaysia.   
  2. Membantu pelajar-pelajar yang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negeri samada melalui hutang, dermasiswa, biasiswa atausebagainy.
  3. Menyalurkan bantuan pendidikan dan kebajikan kepada pelajar-pelajar, golongan miskin, institusi pendidikan, pertubuhan dakwah, persatuan pelajar, masjid dan surau.
  4. Membantu atau membiayai kegiatan-kegiatan kebajikan anjuran bersama Yayasan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang mempunyai tujuan yang sama dengan Yayasan.
  5. Memberi bantuan buku atau kitab agama dan peralatan pembelajaran dan lain-lain kepada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pendidikan Islam.
  6. Merancang dan menentukan jenis-jenis bantuan yang bermanfaat kepada golongan sengsara, lemah, uzur dan terbiar.
  7. Membantu samada berbentuk wang, perbiayaan atau peralatan perubatan atau sebagainya kepada golongan yang kurang berkemampuan Lain-lain bantuan kebajikan yang boleh diketegorikan dalam pengertian kebajikan (al-bir) dan ihsan dalam Islam.


Bantuan Penempatan

Membina dan membangunkan tempat-tempat kediaman yang sesuai untuk belia yang bekerja di bandar, anak yatim, balu-balu, orang-orang tua atau orang-orang yang berkelana di mana bimbingan dan asuhan ajaran Islam dapat disampaikan kepada mereka dengan berkesan.


Tabung Kemasyarakatan

  1. Mewujudkan tabung bantuan kemanusiaan untuk rakyat tempatan dan antarabangsa.
  2. Menubuhkan Tabung Pendidikan Islam.
  3. Memberi bantuan-bantuan lain yang ada kaitan dengan pendidikan Islam.



AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM SOSIAL


Sumbangan Mesin Hemodialisis

Menderma dua unit mesin hemodialisis yang bernilai lebih RM80,000.00 kepada Pusat Rawatan Islam (Baitul Mal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Hospital Sentosa, Kuala

Lumpur.


Akikah dan Korban

Menguruskan sumbangan daripada orang ramai bagi menjalankan ibadah akikah dan korban pada hari Raya Aidiladha.


Wakaf Bangunan

Membeli bangunan-bangunan untuk dijadikan pejabat, pusat latihan, pendidikan danpenerangan di seluruh negeri-negeri melalui sumbangan wakaf daripada orang ramai.


Pakej Lawatan Mahabbah

Menganjurkan pakej lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai sejarah Islam seperti Pattani, dan menjalinkan usaha untuk mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah dengan masyarakat setempat.


Kaunseling dan Bimbingan

Membantu dan menasihati - pelajar - ibubapa - orang ramai dari perspektif Pendidikan Islam.