+603-6188 4064 11C, Jalan SG 3/17, Pusat Bandar Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Sumbangan

YAYASAN MUSLIMIN ingin mempelawa muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menyumbang dengan niat menginfaq melakukan amal jariah kerana Allah S.W.T. bagi membiayai aktiviti dan program yang dianjurkan. Sebagai sebuah organisasi bukan berorientasikan keuntungan, Yayasan Muslimin telah mendapat kelulusan Pengecualian Cukai Pendapatan untuk penderma-pendermanya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapat 1967 melalui Warta Kerajaan Bilangan 9001-LHDN.01/35/42/51/179-6.3976 bertarikh 24 September 1992.

Sehubungan itu, Yayasan Muslimin menjemput pihak YBhg. Tan Sri/Dato`/Datin/Tuan/Puan untuk menyumbang ‘Derma Bakti’ bagi menampung dan membiayai keperluan kewangan Yayasan Muslimin. Sumbangan boleh dibuat melalui Cek/Wang Pos/Kiriman Wang/Arahan Bank atas nama “YAYASAN MUSLIMIN”.  Semoga Allah S.W.T akan membalas ganjaran kebaikan di atas segala sumbangan ikhlas ini.

Akaun:
Bank Islam Malaysia Bhd.
Cawangan Medan Mara, Kuala Lumpur
No. Akaun: 14041010022124

Bank Muamalat Malaysia Bhd.
Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur
No. Akaun: 714360239993

Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan pada jalan Allah, maka faedahnya dan pahalanya adalah untuk diri kamu. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan balasan pahalanya pada kamu dan balasan baik kamu itu pula tidak dikurangkan. (Maksud Surah Al-Baqarah : 272)

 

** Sila maklum segala sumbangan yang telah dibuat melalui e-mail: ymmb2u@yahoo.com.my atau Fax: 603-61884085