+603-6188 4064 11C, Jalan SG 3/17, Pusat Bandar Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Tajaan Mushaf Al-Quran Qiraat Asyara

Pengenalan

YAYASAN MUSLIMIN selaku urusetia dalam Program Penajaan, Sumbangan dan Infaq mengagajak orang ramai membantu pelajar-pelajar yang mendalami Ilmu Al-Quran secara talaqi dengan menggunakan Kitab Al-Quran Mushaf Qiraat Asyara berkonsepkan 1 Pelajar = 1 Kitab

Kitab Al-Quran Mushaf Qiraat Asyara (Kelulusan KDN: PQ/Q1001/1.2/QA/437/71/2015)

Apa itu Mushaf Qiraat?

Salah satu Ilmu berkaitan dengan bacaan dalam Al-Quran, ia juga mempunyai pelbagai bunyi atau dialek bahasa dan sumber perubahan lafas pada kalimah Al-Quran dan Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. melalui Malaikat Jibrail secara talaqi.

Mengapa Kitab ini Dipilih?

  • Tidak menjadi lambakan
  • Diperlukan oleh setiap pelajar baru di Institusi Tahfiz peringkat atasan
  • Menyampaikan hasrat penaja dan penyumbang.
  • Mendapat pahala yang berkekalan.

Ke mana Kitab ini Akan Diagihkan?

  • Pusat Pengajian Tahfiz
  • Madrasah
  • Pondok
  • Darul Quran
  • Koleh Universiti Islam Negeri
  • Pelajar-pelajar Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah IPTA Seluruh Malaysia

Hasil carian imej untuk Kitab Al-Quran Mushaf Qiraat Asyara

Firman Allah SWT bermaksud:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang mengkehendakinya dan Allah Maha Luas (rahmat) KurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya” (Al-Baqarah: 261)

 

Disokong Oleh:

JAKIM, Perbadanan Wakaf Selangor, Darul Quran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Istitusi Pengajian Islam.

Maklumat Lanjut, Sila hubungi:

ZAKARIA BIN HASAN

013-2858575(Perunding)