Kembali ke Sekolah
- Menyalurkan bantuan keperluan asas kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan miskin dan asnaf.
- Memberi bantuan buku atau kitab agama yang disumbangkan melalui Yayasan Muslimin kepada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pendidikan.
Bantuan kebajikan kepada asnaf
- Menyalurkan bantuan one-off untuk keperluan rumah-rumah kebajikan atau penjagaan warga emas. Bantuan yang disalurkan berbentuk wang tunai ataupun peralatan dan ubat-ubatan.
- Menyalurkan bantuan one-off keperluan dapur kepada asnaf.
Tabung Kemasyarakatan /Misi Kemanusiaan
- Mewujudkan tabung bantuan kemanusiaan bagi mangsa ditimpa bencana atau melapetaka sama ada rakyat tempatan mahupun antarabangsa.
Akiqah dan Qurban
- Menguruskan aktiviti ibadah aqiqah dan qurban.
Waqaf Bangunan
- Membeli bangunan-bangunan untuk dijadikan pusat latihan dan pendidikan melalui sumbangan waqaf daripada orang ramai.
Cakna Armalah
- Didik Armalah – Mengurus bantuan perkakasan atau peralatan keperluan belajar kepada anak-anak armalah.
- OKU Armalah – Mengurus bantuan peralatan keperluan OKU armalah.