Program Kebajikan

Kembali Ke Sekolah (Back To School)
  • Menyalurkan bantuan keperluan asas kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan miskin dan asnaf.
  • Memberi bantuan buku atau kitab agama yang disumbangkan melalui Yayasan Muslimin kepada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pendidikan.

Bantuan Kebajikan Kepada Asnaf
  • Menyalurkan bantuan one-off untuk keperluan rumah-rumah kebajikan atau penjagaan warga emas. Bantuan yang disalurkan berbentuk wang tunai ataupun peralatan dan ubat-ubatan.
  • Menyalurkan bantuan one-off keperluan dapur kepada asnaf.


Tabung Kemasyarakatan/Misi Kemanusiaan

Mewujudkan tabung bantuan kemanusiaan bagi mangsa ditimpa bencana atau melapetaka sama ada rakyat tempatan mahupun antarabangsa.

Waqaf Bangunan

Membeli bangunan-bangunan untuk dijadikan pusat latihan dan pendidikan melalui sumbangan waqaf daripada orang ramai.

Cakna Armalah
  • Didik Armalah – Mengurus bantuan perkakasan atau peralatan keperluan belajar kepada anak-anak armalah.        
  • OKU Armalah – Mengurus bantuan peralatan keperluan OKU armalah.

Aqiqah dan Qurban

Menguruskan aktiviti ibadah aqiqah dan qurban.

Sumbangan Anda amat bermakna

Sumbangan Anda akan mendapat pengecualian Cukai Pendapatan. Warta Kerajaan : 24 September 1992.

Bil: 9001.LHDN: 01/35/42/51/179-6.3976.